SmartPBDdaripada SmartRPH
POLISI PRIVASI

Polisi Privasi SmartPBD

Berkuat kuasa: 23 Oktober 2026 · Dikemas kini: 29 Oktober 2026 · Extension Chrome SmartPBD, daripada SmartRPH

Ringkasan

SmartPBD tidak mengumpul, menyimpan di server atau melihat data murid. Semua kerja mengisi borang PBD berlaku di dalam Chrome di komputer anda. SmartPBD tidak menekan Simpan atau Hantar bagi pihak anda.

1. Data yang diproses di komputer anda sahaja

  • Senarai murid, nombor IC, TP, ulasan dan usaha dibaca daripada halaman Pentaksiran SPPB yang anda buka, untuk mengisi borang itu. Data ini tidak dihantar ke mana-mana server.
  • Tanda murid berbeza dan tetapan kemahiran disimpan dalam storan Chrome anda (chrome.storage). Setiap murid dikenali dengan kod yang dijana daripada nombor IC dan tidak boleh diterbalikkan — bukan nama atau nombor IC itu sendiri.
  • Bilangan kelas yang berjaya disimpan (nombor sahaja, dalam Chrome anda) — untuk memaparkan sekali ajakan memberi penilaian di Chrome Web Store.
  • Untuk semakan selepas Simpan dan butang Batal, SmartPBD menyimpan sementara ID rekod SPPB, TP yang diisi dan salinan draf borang dalam sesi tab tersebut (dipadam bila tab ditutup, atau selepas 24 jam).

2. Data yang dihantar ke server kami

Dua perkara sahaja, kedua-duanya ke smartrph.app dan tanpa sebarang data murid:

  • Semakan akses. SmartPBD bertanya sama ada akaun anda mempunyai akses penuh atau percuma. Jika anda log masuk SmartRPH di Chrome, pelayar menyertakan kuki sesi SmartRPH anda; kami memulangkan status akses dan tarikh tamat. Jika anda tidak log masuk, tiada akaun dan tiada data peribadi terlibat.
  • Kaunter cikgu online.Semasa tab SPPB terbuka di skrin, SmartPBD menghantar isyarat ringkas kira-kira setiap minit yang membawa satu kod rawak bagi pemasangan extension itu (bukan nama, emel atau akaun; tiada kuki disertakan). Server hanya mengira berapa kod aktif dalam beberapa minit terakhir, untuk memaparkan “N cikgu sedang guna SmartPBD”. Kod ini disimpan dalam memori server sahaja, dipadam selepas kira-kira 3 minit tanpa isyarat, dan tidak ditulis ke pangkalan data.

3. Akaun dan bayaran (pilihan)

Versi percuma tidak memerlukan akaun. Jika anda memilih untuk log masuk atau membeli Pas PBD di smartrph.app, kami memproses emel, nama akaun Google dan rekod bayaran (melalui CHIP) mengikut Notis Privasi SmartRPH.

4. Kebenaran extension

  • Storan — menyimpan tanda murid berbeza, status akses dan kod rawak kaunter online dalam Chrome anda.
  • moeissppb.moe.gov.my — membaca dan mengisi borang PBD yang anda buka sendiri.
  • smartrph.app — menyemak status akses penuh / percuma, dan kaunter cikgu online.

5. Apa yang kami tidak lakukan

  • Tiada AI membaca data murid.
  • Tiada analitik, penjejak atau iklan dalam extension. Kaunter online hanya mengira bilangan, bukan siapa.
  • Tiada penjualan atau perkongsian data dengan pihak ketiga.

6. Kawalan anda

Tekan Reset dalam panel untuk memadam tanda sesuatu kelas. Membuang extension daripada Chrome memadam semua storan SmartPBD di komputer itu. Untuk pertanyaan atau permintaan berkaitan data, hubungi smartrph@gmail.com.