Tetapkan TP majoriti murid, tandakan murid yang berbeza, lalu tekan Isi. TP, ulasan dan usaha terus diisi ke dalam borang SPPB — cikgu cuma perlu semak dan tekan Simpan.
Percuma, tanpa daftar · 🔒 Data murid tak keluar dari komputer cikgu · Hanya aktif di laman SPPB · Untuk Chrome di komputer/laptop
Kelas tetap berjalan, kertas tetap bertimbun. Bila malam tiba, PBD setiap murid untuk setiap subjek masih belum diisi.
Setiap murid perlukan TP, ulasan dan usaha. Darab dengan semua kelas yang cikgu ajar — beratus-ratus pilihan perlu dibuat.
Selalunya majoriti murid dapat TP yang sama. Tapi cikgu tetap perlu isi seorang demi seorang, dari Bil. 1 hingga habis.
Dah tekan Simpan, tahu-tahu ada murid yang tercicir. Selalunya cikgu baru perasan bila tarikh tutup dah dekat.
SmartPBD bukan alat klik automatik. SmartPBD mengisi terus borang yang terbuka di skrin cikgu, kemudian menyemak semula selepas Simpan supaya tiada data murid yang tercicir.
Cara biasa, termasuk alat klik automatik, pilih murid satu demi satu di skrin. SmartPBD mengisi semua murid sekali gus sebaik sahaja cikgu tekan Isi.
Lepas cikgu tekan Simpan, SmartPBD membaca semula data yang tersimpan dan membandingkannya dengan apa yang diisi.
Langkah demi langkah, dari atas ke bawah. Tiada menu tersorok, tiada tetapan yang mengelirukan.

SmartPBD membantu mengisi. Keputusan TP, semakan dan butang Simpan kekal milik cikgu.
Klik ikon SmartPBD di borang PBD. Panel terbuka di sebelah dan terus membaca senarai murid. Tiada import, tiada fail Excel.
Satu klik untuk TP majoriti murid, kemudian tanda murid cemerlang dan murid yang perlukan bimbingan.
SmartPBD hanya mengisi draf. Cikgu yang semak dan tekan Simpan SPPB — kawalan kekal di tangan cikgu, SmartPBD tidak sesekali menekan Simpan atau Hantar.
Tekan Isi sekali — semua murid dalam kelas itu terus terisi dalam borang SPPB, bukan diklik seorang demi seorang.
Murid berbeza yang cikgu tanda disimpan untuk kelas itu. Dengan akses penuh, tanda daripada subjek lain boleh terus digunakan.
SmartPBD bandingkan apa yang diisi dengan apa yang benar-benar tersimpan — tiada murid tertinggal tanpa disedari.
Ulasan dipilih daripada bank ulasan SPPB, ikut tahap murid. Bukan karangan AI, jadi bahasanya sama seperti yang biasa cikgu lihat.
Buka kelas lain dan SmartPBD terus mengesan borang baharu — tidak perlu buka semula. Borang beralih ke kiri, jadi tiada yang tertutup oleh panel.
SmartPBD berfungsi dalam Chrome cikgu sahaja.
Setiap titik ialah seorang murid.
Anggaran untuk kelas biasa — bilangan murid berbeza ikut kelas cikgu.
Versi percuma tanpa log masuk. Lebih 3 murid berbeza dalam satu kelas? Pas PBD buka tanpa had — bayar sekali sahaja, tiada caj automatik.
Semua kelas, tanpa daftar.
Sekali bayar untuk 30 hari. Tiada caj automatik.
Pas SmartRPH aktif = SmartPBD penuh.
Cuba pada satu kelas dahulu — percuma, tanpa daftar. Pasang SmartPBD, buka satu kelas dan lihat sendiri bezanya.