SmartRPH
Log MasukDaftar Sekarang
Untuk cikgu sekolah rendah & menengah Malaysia

Jana RPH dalam seminit — lengkap dan selaras DSKP.

Pilih subjek, minggu dan kelas — AI isi kandungan berpandukan DSKP dan RPT, terus ke dalam borang PDF yang kemas. Anda semak, anda sahkan. Fakta seperti tarikh dan minggu diambil terus dari takwim — bukan direka AI.

Selaras DSKP & RPT KSSR & KSSM Jawi & Rumi PDF sedia hantar
Contoh RPH Bahasa Melayu Tahun 1 dijana SmartRPH
Contoh RPH Bahasa Melayu Tingkatan 4 dalam borang sekolah sendiri
Contoh RPH Jawi Pendidikan Islam Tahun 1 dijana SmartRPH
siap dalam 58 saat
✓ Selaras DSKP · sedia cetak
Bahasa Melayu · Tahun 1 — format SmartRPH — contoh sebenar dijana SmartRPH
TEKNOLOGI DI SEBALIK SMARTRPH

Dua enjin AI, satu tugas: RPH yang kemas dan tepat.

SmartRPH bukan sekadar "sambung ke AI". Kami bina dua enjin khusus yang bekerjasama — satu memahami borang, satu memahami kurikulum.

ENJIN 1👁
Visual Intelligence Engine
Enjin yang memahami borang.

Muat naik borang RPH sekolah anda — enjin visual kami mengesan setiap medan: sel jadual, ruang tarikh, kotak refleksi. Ia memahami struktur borang, bukan sekadar teksnya. Anda semak dan sahkan penempatan setiap medan sebelum digunakan.

TARIKH
16 Jun 2026 (Selasa)
KELAS / MASA
4 Bestari · 8:00–9:00
STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.1 — Membaca dan memahami maklumat tersurat
OBJEKTIF
Murid dapat menyatakan tiga maklumat tersurat dengan betul.
Mod borang sendiri — Beta
ENJIN 2📚
Curriculum Intelligence Engine
Enjin yang memahami kurikulum.

Kandungan dijana dari bank kurikulum kami — DSKP rasmi dan RPT, minggu demi minggu. Objektif, aktiviti dan standard pembelajaran diisi tepat ke dalam ruang setiap medan — muat, kemas, tak melimpah. Tarikh dan masa dicap terus dari takwim dan jadual anda.

OBJEKTIF
Murid dapat menyatakan tiga maklumat tersurat dengan betul.
AKTIVITI
1. Bacaan mekanis petikan2. Perbincangan kumpulan kecil3. Lembaran kerja pemahaman
EMK
Nilai murni — kerjasama
BBM
Buku teks · lembaran kerja
✓ Lengkap · muat dalam sel
Selaras DSKP · KSSR & KSSM · Jawi & Rumi
📄 Borang anda👁 Dibaca Enjin 1📚 Diisi Enjin 2PDF kemas, sedia hantar

Kami tahu — masa anda dah penuh.

Mengajar, mendidik, mengurus — dan setiap hari, RPH menunggu untuk ditulis.

🎒
Murid tetap keutamaan anda

Tenaga anda patut habis di bilik darjah — bukan habis di meja menaip perkara yang sama setiap minggu.

📚
Tugas mentimbun

RPH, pemarkahan, kokurikulum, data murid — semuanya wajib, semuanya kejar tarikh akhir.

±2 jam seminggu hilang

Masa menulis RPH secara manual — masa rehat, masa keluarga — yang tak pernah kembali.

Tiga langkah — kawalan tetap di tangan anda.

AI membantu isi — tetapi setiap RPH melalui semakan dan pengesahan anda sebelum digunakan.

1
Pilih format & subjek

Pilih borang RPH, subjek, minggu dan kelas anda. Sekali sahaja — jadual anda disimpan.

2
AI isi ikut DSKP + jadual anda

Kandungan datang dari bank DSKP & RPT minggu berkenaan. Tarikh dan masa dicap dari takwim — bukan tekaan.

LANGKAH PALING PENTING
3
Semak, sahkan, muat turun PDF

Anda baca, ubah jika perlu, dan sahkan setiap RPH. Ia kekal milik dan tanggungjawab anda — SmartRPH cuma tolong siapkan draf.

KENAPA SMARTRPH BERBEZA

Bukan sekadar "ada AI." Tiga perkara yang kami buat lain.

🧾
Borang kemas, bukan teks mentah

AI lain bagi teks untuk anda copy-paste dan susun sendiri. SmartRPH isi terus ke dalam borang — kemas, tak melimpah, sedia cetak.

📚
Kandungan dari kurikulum sebenar

Bank kurikulum kami dibina dari DSKP rasmi dan RPT, minggu demi minggu. AI tak mereka topik sendiri.

🔒
Fakta tak direka

Tarikh, hari, masa, minggu — semua dicap terus dari takwim persekolahan dan jadual anda. Bukan tekaan AI.

PENDIDIKAN ISLAM

RPH Jawi? Kami faham.

Direka khas untuk tulisan Jawi — susunan kanan-ke-kiri, angka Arab, ejaan yang disemak. Cikgu Pendidikan Islam tak perlu lagi bertukar-tukar tool.

✓ Kanan-ke-kiri✓ Angka Arab✓ Ejaan disemak
رانچڠن ڤڠاجرن هارين
تاريخ
١٦ جون ٢٠٢٦
كلس
٤ بستاري
بيدڠ
تلاوة القرءان
اوبجيكتيف
مريد داڤت ممباچ ايات دڠن بتول دان برتجويد.
✓ Susunan kanan-ke-kiri automatik

Masa untuk RPH: dulu vs dengan SmartRPH

Setiap petak mewakili 8 minit masa anda dalam seminggu.

TULIS MANUAL
± 2 jam /minggu
15 petak penuh — menaip, menyusun, menyemak format.
DENGAN SMARTRPH
± 8 minit /minggu
1 petak sahaja — masa anda menyemak dan mengesahkan.

14 petak seminggu kembali kepada anda — lebih kurang 90+ jam setahun.

Kata cikgu yang dah cuba

"
Dulu saya siapkan RPH malam Ahad sampai lewat. Sekarang lepas Maghrib dah settle seminggu. Yang penting, borang keluar kemas — terus boleh hantar.
NCikgu N.
SK di Johor
"
Saya skeptik dengan AI mula-mula. Tapi sebab kandungan ikut RPT minggu tu dan saya sahkan sendiri setiap satu, saya rasa selesa guna.
ACikgu A.
SMK di Selangor
"
RPH Jawi selalu jadi masalah dengan tool lain — susunan lari. SmartRPH keluar terus kanan-ke-kiri, angka Arab pun betul.
HUstazah H.
SK di Kelantan
"
Tarikh dan minggu ikut takwim sekolah, tak payah betulkan satu-satu. Itu yang buat saya kekal langgan.
RCikgu R.
SJKC di Perak
Geser untuk baca lagi →

Mula percuma. Naik taraf bila bersedia.

Tiada kad kredit untuk mula. Pay-per-use — bayar bila perlu sahaja, tiada caj berulang.

⭐ HARGA PELANCARAN
TERHAD 100 SLOT PERTAMA SAHAJA
Tahunan
RM199RM149/tahun
Semua dalam Bulanan, dan:
  • 60 RPH sebulan — 20% lebih dari Bulanan (720 setahun)
  • Bersamaan RM12.40/bulan — jimat RM79 setahun (35%)
  • Harga pelancaran lifetime selagi melanggan
  • Akses awal ciri baharu — cth. Mod RPH Peperiksaan (akan datang)
  • Akses dokumen RPT — semua subjek liputan (akan datang)
  • Jaminan sokongan keutamaan pelanggan
  • Jaminan 14 hari — tak puas hati, wang dikembalikan (tertakluk terma & syarat)
Kunci Harga Pelancaran
Percuma
RM0

Untuk cuba tanpa risiko.

  • 20 RPH percubaan (sekali daftar)
  • 5 RPH percuma setiap bulan — selamanya
  • Format SmartRPH: Standard & Ringkas
  • Jawi, Rumi & English
  • Muat turun PDF satu-satu
  • Baki token dibawa masuk bila upgrade
Daftar Percuma
Bulanan
RM19/bulan
Semua dalam Percuma, dan:
  • 50 RPH sebulan (10× ganda)
  • Muat turun pukal — semua RPH seminggu, satu klik
  • Muat naik borang sekolah sendiri (Beta)
  • Boleh topup bila kuota habis (RM10/20)
  • Pay-per-use — bayar bila perlu, tiada caj berulang
Pilih Bulanan
Geser untuk banding pelan →

Pelanggan Bulanan & Tahunan perlu lebih? Topup RM10 untuk 20 RPH tambahan — bila-bila masa.

🔒 Bayaran selamat melalui FPX / e-wallet · Sekali bayar — tiada auto-renew mengejut.

Soalan yang cikgu selalu tanya

Masa rehat anda menanti.

Jana 20 RPH pertama percuma. Tanpa kad kredit.

Daftar Percuma
✓ Selaras DSKP & RPT✓ Anda semak & sahkan✓ Pay-per-use